
Beliau berkata, polis mengesan dua video tular berkenaan, masing-masing berdurasi 37 dan 27 saat menunjukkan insiden pergaduhan yang dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter @NanManjoi8715.
Katanya, sehubungan itu Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menjalankan siasatan berhubung video berkenaan yang membawa kepada penahanan tiga lelaki berusia antara 32 hingga 52 tahun.
“Semua suspek terbabit direman selama dua hari bermula semalam hingga hari ini untuk membantu siasatan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.
Dellhan berkata, kertas siasatan berhubung kes itu akan diserahkan ke Pejabat Pendakwa Raya sebaik siasatan selesai dijalankan dan pada masa sama menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan video berkenaan yang boleh mendatangkan kegusaran awam.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.