
Timbalan Pengerusi Biro Undang-Undang, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) MyBHA, Norazly Rosly, berkata ujian pengesanan itu dilihat masih perlu bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19 di pulau pelancongan itu.
“Kami berpendapat kejayaan gelembung pelancongan Langkawi yang bermula 16 September lalu adalah disebabkan langkah mewajibkan ujian pengesanan Covid-19.
“Justeru, kami tidak bersetuju dengan pembatalan ujian itu. Kami juga bimbang keputusan kerajaan itu akan menjejaskan keyakinan orang ramai untuk melancong ke Langkawi.
“Kerajaan perlu mengambil langkah bertanggungjawab dengan memastikan pelancong ke Langkawi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, termasuk melakukan ujian pengesanan awal,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Kementerian Kesihatan (KKM) semalam membuat keputusan menghentikan keperluan ujian pengesanan Covid-19, sebelum pelancong masuk ke Langkawi.
Ketika projek rintis gelembung pelancongan Langkawi bermula 16 September, semua pelancong diwajibkan menjalani ujian pengesanan Covid-19 sebelum memulakan perjalanan ke pulau itu.