Pengerusi Tabung Haji letak jawatan

Pengerusi Tabung Haji letak jawatan

Dalam kenyataan TH berkata sepanjang menjawat jawatan sebagai pengerusi Mohd Nor Yusof memacu usaha penyusunan semula, perkukuhkan tadbir urus serta kedudukan kewangan badan itu.

Mohd Nor Yusof melepaskan jawatan sebagai Pengerusi TH berkuat kuasa hari ini. (Gambar Bloomberg)
PETALING JAYA:
Mohd Nor Yusof melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Tabung Haji (TH) berkuat kuasa hari ini.

Dalam kenyataan, TH berkata sepanjang menjawat jawatan sebagai pengerusi, Mohd Nor memacu usaha penyusunan semula, perkukuhkan tadbir urus serta kedudukan kewangan TH sebagai sebuah organisasi Islam yang bertanggungjawab menguruskan simpanan umat Islam untuk melaksanakan Rukun Islam kelima.

Katanya, jumlah deposit pada 30 Jun 2021 ialah RM81.14 bilion iaitu tahap tertinggi sejak TH ditubuhkan 58 tahun lalu.

“Ini mencerminkan tahap kepercayaan dan keyakinan yang lebih tinggi daripada pendeposit.

“Anggota lembaga, pengurusan kanan dan semua warga kerja TH mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau yang sentiasa memberi komitmen yang tinggi sepanjang tiga tahun perkhidmatannya di TH,” katanya.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.