12 kluster baharu Covid-19, 6 babitkan tempat kerja

12 kluster baharu Covid-19, 6 babitkan tempat kerja

Selebihnya tiga daripada kluster pendidikan lain, dua kluster komuniti dan satu daripada kluster keagamaan.

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 12 kluster baharu Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam kenyataan beliau berkata, enam daripadanya adalah kluster tempat kerja, tiga kluster pendidikan, dua kluster komuniti dan satu kluster keagamaan.

Kluster dikesan di Johor, Selangor, Melaka, Kuala Lumpur, Sabah, Pahang dan Perak.

Perincian 12 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut:

  • Kluster Jalan Zabedah (Batu Pahat) dengan 17 kes
  • Kluster Industri Jalan Cyber Sembilan (Kulai) dengan 7 kes
  • Kluster Industri Persiaran Usahawan Tiga 2 (Hulu Langat dan Sepang) dengan 47 kes
  • Kluster Industri Jalan Seruling 58 (Klang) dengan 12 kes
  • Kluster Industri Jalan Usaha Lapan (Melaka Tengah) dengan 26 kes
  • Kluster Jalan Stesen Sentral Tiga (Lembah Pantai, Cheras dan Titiwangsa) dengan 5 kes
  • Kluster Juaseh (Segamat) dengan 26 kes
  • Kluster Jalan Enam Kampung Bahru (Sepang) dengan 14 kes
  • Kluster Jalan Dataran (Titiwangsa) dengan 11 kes
  • Kluster Alab Senagang (Tenom) dengan 50 kes
  • Kluster Jalan Jaya Lima (Temerloh dan Maran) dengan 29 kes
  • Kluster Lepang Nenering (Hulu Perak) dengan 18 kes

Hisham berkata, sebanyak 5,717 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 580 daripadanya kluster aktif dan 5,137 kluster lagi sudah tamat.

PKPD

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan penamatan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti di Pahang, iaitu Pos Sinderut, Mukim Ulu Jelai, Lipis; dan Perkampungan Orang Asli di Pos Lenjang dan Pos Titom, Mukim Ulu Jelai, Lipis, bermula 23 Okt ini.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah MKN Rodzi Md Saad berkata, setakat hari ini tiada pelaksanaan PKPD dan lanjutan PKPD di mana-mana lokaliti.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.