
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas dakwaan itu, namun pada masa sama tidak menafikannya.
“Tak manislah saya buat sebarang komen lagi sekarang ini,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.
Hari ini, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tiba di Jakarta untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari atas undangan Presiden Joko Widodo.
Turut bersama dalam lawatan itu adalah Tajuddin yang mana pimpinan berkenaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma kira-kira 10.10 pagi tadi.
Turut bersama dalam lawatan itu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Ia merupakan lawatan sulung Perdana Menteri ke negara jiran itu sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-9 pada 21 Ogos lalu.