133 kes positif kluster kilang di Kulim

133 kes positif kluster kilang di Kulim

Taburan kes positif dalam Kluster Dah Meha Industri Kulim itu meliputi Kulim, Baling, Kuala Muda dan Sik.

Damansara MP Tony Pua says Malaysia's positivity rate is more than double the 5% benchmark recommended by WHO.
Kes positif dikesan hasil saringan terhadap 194 individu, menurut Dr Othman Warijo.
PETALING JAYA:
Sebanyak 133 kes positif Covid-19 dikesan membabitkan kluster Dah Meha Industri Kulim setakat semalam, kata Pengarah Kesihatan Negeri Kedah Dr Othman Warijo.

Beliau berkata, kes positif melibatkan 97 pekerja dan 36 ahli keluarga dengan taburan kes meliputi Kulim, Baling, Kuala Muda dan Sik.

Kes positif dikesan hasil saringan terhadap 194 individu, katanya.

“Kluster ini dikesan berikutan saringan kendiri yang dijalankan oleh pihak pengurusan kilang berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

“Kesemua kes adalah bergejala ringan dan telah lengkap divaksinasi, kini diarahkan menjalani kuarantin di rumah.”

Beliau berkata, siasatan awal pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kulim mengesyaki penularan jangkitan berkemungkinan berpunca daripada kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di tempat kerja dan aktiviti rekreasi melibatkan kumpulan pekerja seperti aktiviti kembara bermotosikal dan futsal.

Katanya, pihak pengurusan kilang telah diarahkan untuk mengemas kini pelaksanaan SOP di lokasi berisiko tinggi dalam kilang berkenaan.

“Jabatan sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kluster. Bagaimanapun, keadaan adalah terkawal dan pihak Jabatan Kesihatan akan terus mengawasi situasi dari dekat,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.