Kaji semula status tanah bergeran di Kuala Pintasan, kata Salleh

Kaji semula status tanah bergeran di Kuala Pintasan, kata Salleh

Bekas Ketua Menteri Sabah itu berpandangan terdapat pelanggaran syarat geran tersebut dan Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) perlu mengkaji semula perkara itu.

Salleh Said Keruak berkata, pemberian geran tanah di Kuala Pintasan wajar ditarik semula sekiranya perlu.
PETALING JAYA:
Bekas Ketua Menteri Sabah, Salleh Said Keruak menggesa kerajaan negeri mengkaji semula status tanah bergeran sekitar 900 ekar di Kuala Pintasan, Kota Belud.

Beliau berkata, ini kerana terdapat pelanggaran syarat geran tersebut dan Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) perlu mengkaji semula perkara itu secara menyeluruh.

“Saya difahamkan tanah tersebut kini tidak diusahakan sejak ia diberikan dan dijual kepada pihak ketiga,” katanya di Facebook.

Bekas menteri persekutuan itu juga berpandangan pemberian geran tersebut wajar ditarik semula sekiranya perlu.

“Perkara ini sudah saya bangkitkan dahulu lagi semasa saya menjadi Ahli Parlimen.

“Kerajaan perlu sentiasa waspada dan menilai balik status penggunaan tanah agar ia dapat diusahakan sebaiknya untuk kebaikan rakyat,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.