Banjir: Saya berusaha sedaya upaya bantu penduduk, kata Khalid Samad

Banjir: Saya berusaha sedaya upaya bantu penduduk, kata Khalid Samad

Hujan lebat berpanjangan dan banjir kilat di sekitar Lembah Klang menyebabkan ramai orang memohon bantuan dan mencari perlindungan.

Khalid Samad berkata pihaknya membantu menggerakkan bantuan dan memindahkan orang ramai ke pusat perlindungan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, memberitahu beliau sedang berusaha sedaya upaya untuk bantu penduduk ketika banyak kawasan di Lembah Klang dilaporkan dinaiki air sehingga menyebabkan ramai orang memohon bantuan dan mencari perlindungan.
Khalid Samad.

Beberapa kawasan termasuk di Shah Alam dinaiki air selepas hujan lebat berpanjangan sejak Jumaat.

Kebimbangan orang ramai tampak jelas di media sosial, sehingga warganet tertanya-tanya mana wakil rakyat kawasan masing-masing.

Khalid ketika dihubungi FMT memaklumkan beliau juga sedang sibuk membantu penduduk.

“Kami membantu menggerakkan bantuan dan memindahkan orang ramai ke pusat perlindungan. Di sini masih hujan dan paras air makin naik. Kami cuba bantu sedaya upaya kami,” katanya.

Khalid memaklumkan Majlis Bandaraya Shah Alam juga berhempas pulas membantu penduduk. Beliau bagaimanapun tidak pasti apa yang sedang kerajaan persekutuan dan negeri lakukan untuk membantu mangsa banjir.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.