2,778 kes Covid-19, 2 kluster baharu

2,778 kes Covid-19, 2 kluster baharu

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kini adalah 2,741,179 kes.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 2,778 kes harian baharu Covid-19 dan 3,539 pesakit sembuh.

Ini menjadikan keseluruhan 2,665,034 daripada 2,741,179 pesakit Covid-19 sembuh setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat 306 pesakit di unit rawatan rapi (ICU), 244 daripadanya disahkan positif Covid-19 dan 62 disyaki dijangkiti.

Sementara itu, 170 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, dengan 101 pesakit Covid-19 positif dan selebihnya 69 disyaki positif.

Hisham berkata, 2,649 jangkitan tempatan hari ini, terdiri daripada 2,532 warganegara dan 117 lagi bukan warganegara.

Terdapat juga 129 kes yang diimport.

Katanya, daripada jangkitan baharu itu, hanya 2.2% adalah kes Kategori 3, 4 dan 5.

Hisham memaklumkan hanya terdapat dua kluster baharu dilaporkan hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.