Seks oral terhadap remaja dalam tandas, penjawat awam mengaku tak salah

Seks oral terhadap remaja dalam tandas, penjawat awam mengaku tak salah

Tertuduh berusia 34 tahun didakwa melakukan seks oral terhadap remaja 15 tahun di tandas VVIP bangunan Jabatan Pendaftaran Negara, Kota Kinabalu, pada 4 Jan lalu.

Mahkamah Sesyen memerintahkan Sharif Hardi Roman Sh Miasin diikat jamin RM10,000 dengan dua penjamin, selain menyerahkan pasport dan melaporkan diri di balai polis berdekatan.
KOTA KINABALU:
Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 15 tahun di tandas sebuah bangunan kerajaan.

Sharif Hardi Roman Sh Miasin, 34, didakwa melakukan seks oral terhadap remaja itu di tandas VVIP bangunan Jabatan Pendaftaran Negara di sini, pada 4.40 petang, 4 Jan lalu.

Dia menghadapi hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Hakim Azreena Aziz menetapkan pengurusan kes pada 17 Feb, dalam prosiding yang diadakan menerusi Zoom. Mahkamah turut membenarkan jaminan RM10,000 dengan dua penjamin.

Sharif yang tiada peguam bela, turut diperintahkan melaporkan diri di balai polis terdekat dua kali sebulan sebagai syarat jaminan.

Dia juga dilarang mengganggu saksi, dan menyerahkan pasportnya sehingga kes itu diselesaikan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mazlan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.