
Ini menjadikan keseluruhan 2,732,771 daripada 2,805,337 pesakit Covid-19 sembuh setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 193 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi, dengan 158 daripadanya disahkan positif Covid-19 dan 35 lagi disyaki dijangkiti virus itu.
Sementara itu, 90 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, dengan 61 pesakit positif Covid-19 dan selebihnya 29 kes masih dalam siasatan.
Hisham berkata, terdapat 319 kes import dan baki 2,755 kes jangkitan tempatan membabitkan 2,625 warganegara serta 130 warga asing.
Daripada jumlah kes baharu itu hanya 1% termasuk dalam Kategori 3, 4 dan 5.
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara pula direkodkan pada kadar 1.00, dengan Kuala Lumpur mencatatkan kadar R-Naught tertinggi 1.08, diikuti Putrajaya (1.06).
Hisham berkata, 10 kluster dilaporkan hari ini.
Dalam perkembangan lain, Hisham berkata, satu kes baharu penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir hari ini, menjadi keseluruhan 2,461 kes sehingga kini.