
Harga runcit RON97 kekal RM3.12, RON95 pada RM2.05 dan diesel RM2.15 seliter.
“Bagi melindungi pengguna daripada harga minyak semasa di pasaran global yang berada pada paras yang tinggi, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.
“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini.