Hanya 14% penduduk Sabah ambil dos penggalak

Hanya 14% penduduk Sabah ambil dos penggalak

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Sabah, Masidi Manjun menyifatkan peratusan itu terlalu rendah.

Masidi mengajak orang ramai agar segera mendapatkan dos penggalak di klinik kesihatan terdekat dan pusat pemberian vaksin dos penggalak yang akan dibuka di seluruh Sabah kelak.
KOTA KINABALU:
Hanya kira-kira 14% penduduk Sabah telah mengambil vaksin dos penggalak setakat hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Masidi Manjun.

Menyifatkan peratusan itu terlalu rendah, Masidi mengajak orang ramai agar segera mendapatkan dos penggalak di klinik kesihatan terdekat dan di pusat pemberian vaksin dos penggalak yang akan dibuka di seluruh negeri itu kelak.

“Orang ramai digalakkan untuk mendapatkan dos penggalak kerana telah terbukti ia dapat mengurangkan gejala teruk, malah mengurangkan risiko kematian akibat jangkitan Covid-19,” katanya menerusi kenyataan, malam tadi.

Masidi yang juga jurucakap rasmi Covid-19 negeri berkata, berdasarkan data, daripada 44 individu yang meninggal dunia di luar hospital akibat Covid-19 antara 1 Jan hingga 17 Feb lepas di Sabah, 42 daripadanya belum menerima dos penggalak dan dua lagi telah menerima dos itu.

Sementara itu Masidi berkata, 99.69% daripada 4,755 kes harian Covid-19 semalam adalah daripada Kategori 1 dan 2 manakala Kategori 3 lapan kes, Kategori 4 (enam), Kategori 5 (satu).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.