MCA belum muktamad senarai calon PRN Johor, kata Hasni

MCA belum muktamad senarai calon PRN Johor, kata Hasni

Sementara itu, Ahmad Zahid Hamidi berkata sebanyak 70% calon dikemukakan BN pada pilihan raya negeri Johor (PRN) adalah muka baharu.

MCA mahu memastikan calon yang dipilih benar-benar berkelayakan dan menepati sasaran gabungan itu dalam PRN Johor, menurut Hasni Mohammad. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
MCA masih belum memutuskan senarai calon bagi bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Hasni Mohammad.

Hasni yang juga calon Menteri Besar BN itu berkata, dalam pada Umno dan MIC yang sudah memutuskan calon, MCA mahu memastikan calon yang dipilih benar-benar berkelayakan dan menepati sasaran diletakkan gabungan itu dalam PRN Johor.

“Walaupun begitu saya ingin tegaskan bahawa, senarai ini bukan senarai lengkap. Oleh kerana rakan komponen BN, MCA belum muktamadkan lagi Barisan calon-calon mereka.

“Untuk memastikan bahawa hasrat dan matlamat kita memasuki pilihan raya negeri yang ke-15 ini yang terbaik. Ini kerana MCA nak calon terbaik tanding kali ini dan amat teliti,” katanya pada pengumuman calon BN di PRN Johor di Facebook BN.

Sementara itu, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak 70% calon diumumkan dalam PRN Johor adalah muka baharu.

Zahid berkata, sebanyak 80% calon BN itu terdiri daripada 55 tahun ke bawah dan mempunyai kelulusan akademik tinggi

“Calon terpilih calon terbaik daripada yang baik-baik.

“Semoga tenaga baru lebih tenaga beri khidmat terbaik di Johor,” katanya.

Hasni berkata daripada 56 kerusi DUN yang ditandingi BN, Umno akan tandingi 37 kerusi, MCA (15) dan MIC (4).l

Berikut senarai calon BN:

  • DUN Buloh Kasap: Zahari Sarip (Umno)
  • DUN Jementah: MCA
  • DUN Pemanis: Anuar Abd Manap (Umno)
  • DUN Kemelah: Saraswathy (MIC)
  • DUN Tenang: Haslinda Salleh (Umno)
  • DUN Bekok: MCA
  • DUN Bukit Kepong: Ismail Mohamad (Umno)
  • DUN Bukit Pasir: Mohamad Fazli Mohamad Salleh (Umno)
  • DUN Gambir: Shahrihan Jani (Umno)
  • DUN Tangkak: MCA
  • DUN Serom: Kharin Nisa Ismail (Umno)
  • DUN Bentayan: MCA
  • DUN Simpang Jeram: Lokman Md Dun (Umno)
  • DUN Bukit Naning: Md Fuad Tukirin (Umno)
  • DUN Maharani: Noor Farah Shamsudin (Umno)
  • DUN Sungai Balang: Mohd Helmy Abd Latif (Umno)
  • DUN Semerah: Mohd Fared Md Khalid (Umno)
  • DUN Sri Medan: Zulkurnain Kamisan (Umno)
  • DUN Yong Peng: MCA
  • DUN Semarang: Samsol Bari Jamali (Umno)
  • DUN Parit Yaani: Najib Samuri (Umno)
  • DUN Parit Raja: Rashidah Ramli (Umno)
  • DUN Penggaram: MCA
  • DUN Senggarang: Mohd Yusla Ismail (Umno)
  • DUN Rengit: Mohd Puad Zarkashi (Umno)
  • DUN Machap: Onn Hafiz Ghazi (Umno)
  • DUN Layang Layang: Mutalib Rahim (Umno)
  • DUN Mengkibol: MCA
  • DUN Mahkota: Sharifah Azizah (Umno)
  • DUN Paloh: MCA
  • DUN Kahang: Vidyananthan Ramanadhan (MIC)
  • DUN Endau: Yuzaimi Md Yusof (Umno)
  • DUN Tenggaroh: Raven Kumar Krishnasamy (MIC)
  • DUN Panti: Hahasrin Hashim (Umno)
  • DUN Pasir Raja: Rashidah Ismail (Umno)
  • DUN Sedili: Muszaidi Makmur (Umno)
  • DUN Johor Lama: Norliza Noh (Umno)
  • DUN Penawar: Fauziah (Umno)
  • DUN Tanjung Surat: Syed Sis Abd Rahman (Umno)
  • DUN Tiram: Azizul Bachok (Umno)
  • DUN Puteri Wangsa: MCA
  • DUN Johor Jaya: MCA
  • DUN Permas: Baharuddin Md Taib (Umno)
  • DUN Larkin: Md Hairi Md Shah (Umno)
  • DUN Stulang: MCA
  • DUN Perling: MCA
  • DUN Kempas: Ramli Rohani (Umno)
  • DUN Skudai: MCA
  • DUN Kota Iskandar: Pandak Ahmad (Umno)
  • DUN Bukit Permai: Mohd Jafni Md Shukor (Umno)
  • DUN Bukit Batu: MIC
  • DUN Senai: MCA
  • DUN Benut: Hasni Mohammad (Umno)
  • DUN Pulai Sebatang: Hasrunizah Hassan (Umno)
  • DUN Pekan Nanas: MCA
  • DUN Kukup: Jefridin Atan (Umno)

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh penamaan calon untuk PRN Johor akan diadakan pada Sabtu ini sementara hari pembuangan undi pula pada 12 Mac ini.

Pada 28 Jan lalu, Umno dan BN Johor dilaporkan akan melakukan perubahan termasuk mengemukakan calon-calon muda seperti kehendak masyarakat dan akar umbinya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.