
PETALING JAYA: Pejuang mengumumkan pertukaran calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N32 Endau sehari sebelum hari penamaan calon pilihan raya negeri (PRN) Johor selepas individu terpilih positif Covid-19.
Ketua Penerangan Ulya Aqamah Husamudin berkata, Mohd Noorhisyam Ibrahim akan menggantikan Zaini Tahar.
“Dukacita dimaklumkan bahawa calon N32 yang diumumkan semalam telah didapati positif Covid-19. Beliau juga tidak hadir dalam majlis pengumuman calon semalam di Muar,” katanya dalam kenyataan.
Pejuang semalam mengumumkan 42 calon dengan empat daripadanya wanita. Rakyat Johor akan mengundi pada 12 Mac ini.