
Beliau berkata, PAS yang bertanding di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti ketandusan idea kerana suka bercakap perkara sama seperti poligami dan terbaharu, “suami boleh pukul isteri jangan kuat-kuat”.
“Di Johor, masyarakat dia majmuk lebih kurang sama sahaja Melayu dan bukan Melayu. Kalau PAS nak cerita soal agama, ceritalah..lagi kita (BN) suka, ceritalah lagi.
“Dah la tak reti cerita pasal ekonomi, pendidikan..tau cerita pasal agama, ceritalah. Lagi banyak cerita, lagi banyak bukan Melayu kembali ke BN,” katanya dalam wawancara bersama Malaysian Gazette, malam tadi.
Nur Jazlan berkata, orang Melayu di Johor tidak berminat mendengar cerita PAS kerana rakyatnya mendapat pendidikan formal di sekolah kebangsaan dengan pada sebelah petangnya pula, menghadiri kelas agama.
Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri itu, berkata pimpinan PAS tidak pandai mentadbir.
“Lepas itu Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang sebagai Duta Besar Malaysia ke Timur Tengah tak dapat masuk ke timur tengah pasal kebanyakan negara kata dia ni mazhab lain.
“Lepas itu pergi ke Qatar jumpa dengan Taliban (yang) dengan Malaysia tak ada hubungan diplomatik…lepas itu janji pulak nak bagi bantuan kepada Taliban. Dia pulak buat dasar negara,” katanya.
Nur Jazlan berkata, PAS dalam Perikatan Nasional berperanan seperti ‘sauh’ yang akan menarik turun Bersatu yang sedang bergelut dalam politik.