
Di Terengganu, mangsa banjir terus menurun kepada 5,170 orang daripada 1,288 keluarga setakat 8 malam tadi berbanding 10,204 orang daripada 2,596 keluarga pada 2 petang semalam.
Ketika ini, hanya tiga daerah masih terjejas banjir dengan 25 PPS beroperasi, iaitu 19 di Hulu Terengganu, Dungun (empat) dan Kuala Nerus (dua).
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa tertinggi ialah di Hulu Terengganu, iaitu 4,846 orang diikuti Dungun (308) dan Kuala Nerus (16).
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan tiada lagi sungai yang melepasi paras bahaya setakat ini.
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir terus menunjukkan trend menurun dengan 4,809 orang daripada 1,525 keluarga masih ditempatkan di 18 PPS di daerah Pasir Mas dan Tumpat setakat 8 malam tadi, berbanding 6,341 orang daripada 2,095 keluarga petang semalam.
Sementara itu, portal rasmi info banjir JPS melaporkan hanya satu sungai utama di Kelantan, iaitu Air Bol, di Jeli, berada pada paras waspada dengan bacaan 71.3 meter (m).