
Ini selepas majoriti wakil rakyat yang hadir yang majoritinya pembangkang menolak untuk ia dilanjutkan selepas undi belah bahagi dijalankan di Dewan Rakyat.
“Ini keputusan belah bahagi, setuju 84, tidak setuju 86, tidak hadir 50, maka usul tidak dipesetujui,” kata Speaker Azhar Harun.
Tonton video di sini.
Usul itu gagal diluluskan selepas sebahagian besar wakil rakyat kerajaan tidak berada di Dewan Rakyat ketika pengundian dijalankan.
Terdahulu, Azhar menetapkan 10 minit untuk proses pengundian belah bahagi dijalankan.
Dewan Rakyat juga kecoh apabila wakil kerajaan dan pembangkang mendakwa Ahli Parlimen kedua-dua belah pihak memasuki dewan selepas proses mengundi berjalan.
Azhar kemudian memaklumkan, mana-mana wakil rakyat yang hadir selepas proses pengundian bermula tidak akan dikira.
“Bagan Datuk, Pekan tak hadir, tak sokong perdana menteri. Menteri kena letak jawatan,” sindir wakil pembangkang.
Berdasarkan pemerhatian terdapat beberapa kerusi wakil kerajaan dan pembangkang kosong ketika proses pengundian berjalan.
Selepas keputusan dibacakan, Dewan Rakyat ditangguhkan dan akan bersambung esok.
Terdahulu Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin membentangkan usul di Dewan Rakyat untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Hamzah berkata, pelanjutan selama lima tahun lagi mulai 31 Julai depan akan membolehkan pihak berkuasa terus menggunakan peruntukan kuasa khas mengikut subseksyen berkenaan.