Kepala air landa Cameron Highlands, wanita Orang Asli maut

Kepala air landa Cameron Highlands, wanita Orang Asli maut

Ahli Parlimen Cameron Highlands berkata, mangsa ialah wanita Orang Asli berusia 62 tahun yang berasal dari Kampung Orang Asli Sungai Ubi, Bharat Tea.

Operasi mengesan seorang wanita Orang Asli yang dipercayai maut dalam banjir kepala air di Cameron Highlands giat dijalankan.
PETALING JAYA:
Seorang wanita Orang Asli dipercayai maut dalam kejadian banjir yang berpunca daripada kepala air di Batu 31, Jalan Ringlet, Cameron Highlands semalam.

Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor berkata, mangsa berusia 62 tahun itu yang berasal dari Kampung Orang Asli Sungai Ubi di Bharat Tea, dipercayai dihanyutkan air dan lambakan serpihan kayu serta tanah.

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata, kejadian itu berlaku pada 4 petang semalam akibat hujan berterusan.

Katanya, pasukan penyelamat yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis serta Jabatan Pertahanan Awam giat mengesan mangsa.

“Operasi masih diteruskan kerana mayat belum ditemui.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.