30 kematian baharu Covid-19, 12,380 kes

30 kematian baharu Covid-19, 12,380 kes

Sebanyak 11 kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID) semalam.

30 kes kematian Covid-19 direkodkan semalam dengan 11 diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 30 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

KKM turut melaporkan 12,380 kes Covid-19 meliputi 11,918 penularan tempatan dan 462 kes import.

Daripada jumlah kematian itu, 11 kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 35,099.

Kedah dan Perak masing-masing mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu tujuh kes, diikuti Kelantan dan Selangor (masing-masing tiga), Pahang dan Pulau Pinang (masing-masing dua) serta Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak, Terengganu dan Kuala Lumpur (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Perlis, Sabah, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 192,947 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 253 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 157 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 20,635 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini ialah 4,246,467.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.