Peniaga bazar Ramadan dipantau atas kebersihan, keselamatan makanan

Peniaga bazar Ramadan dipantau atas kebersihan, keselamatan makanan

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, penguatkuasaan di bazar Ramadan juga akan ditingkatkan.

Khairy Jamaluddin memberi amaran kepada peniaga susulan aduan mengenai makanan kotor yang dijual di bazar Ramadan.
KUALA LUMPUR:
Peniaga makanan di bazar Ramadan perlu memastikan makanan mereka selamat untuk dimakan atau berdepan tindakan tegas, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Susulan aduan mengenai makanan dan minuman kotor di bazar Ramadan, Khairy berkata, beliau telah mengarahkan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di bawah Kementerian Kesihatan untuk meningkatkan penguatkuasaan.

“Peniaga yang gagal mematuhi garis panduan keselamatan makanan dan minuman serta kebersihan diri akan diarah menutup operasi mereka,” katanya.

Semalam, tular satu video menunjukkan seorang pelanggan menemui ulat dalam makanannya yang dibeli di bazar Ramadan Putrajaya.

Wanita itu membuat aduan kepada Perbadanan Putrajaya dan meminta pemeriksaan dijalankan di bazar berkenaan.

Bertindak atas aduan itu, Perbadanan Putrajaya dalam kenyataan hari ini berkata, ia telah menjalankan pemeriksaan di bazar Ramadan itu dan mengeluarkan notis amaran.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.