
Di Selangor, Banting dan Johan Setia adalah antara kawasan yang paling terjejas, dengan bacaan IPU antara 115 hingga 162.
Kualiti udara sederhana dilaporkan di Kuala Selangor, Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang, dengan bacaan IPU antara 70 dan 90.
Di Kuala Lumpur, Cheras mencatatkan kualiti udara pada tahap tidak sihat dengan bacaan 109 antara 6 petang hingga 8 malam, walaupun bacaan kini telah menurun di bawah 90 dan kembali ke paras sederhana.
Putrajaya bagaimanapun terus terjejas, dengan bacaan IPU kekal berada pada tahap tidak sihat sejak 11 pagi dengan bacaan antara 140 hingga 150.
Menurut skala JAS, bacaan IPU 0 hingga 50 direkod sebagai kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, dan lebih 300 sebagai berbahaya.
Data ramalan menunjukkan paras IPU di Nilai boleh melebihi 105 sehingga tengah malam, manakala bacaan di bawah 100 dicatat sepanjang hari. Seremban dan Port Dickson mencatatkan bacaan antara 80 dan 100.
Di kawasan lain, kualiti udara sebahagian besarnya kekal pada tahap selamat atau sederhana.
Pulau Pinang mencatatkan bacaan di bawah 80, manakala Perlis kekal dalam lingkungan 70an. Kebanyakan kawasan di Terengganu mencatatkan bacaan sihat di bawah 50, dengan beberapa kawasan dalam lingkungan sederhana.
Sarawak dan Sabah kebanyakannya merekodkan tahap sihat hingga sederhana, manakala Kedah, termasuk Alor Setar, Langkawi, Sungai Petani dan Kulim Hi-Tech kekal dalam lingkungan sederhana.
Melaka, Pahang dan Perak juga mencatatkan bacaan sihat hingga sederhana sepanjang hari.