
“Menerusi keputusan semalam (pemilihannya sebagai calon perdana menteri), jelas bahawa apa diperkatakan oleh masyarakat adalah tidak benar kerana Umno terus kukuh dan kuat dalam solidariti.
“Tidak ada ‘kem’ pun dalam Umno,” katanya ketika ditemui selepas acara pelancaran dan perasmian Coop Komuniti Mart Koperasi Pudina Putrajaya Berhad di Dewan Seri Pudina, Putrajaya hari ini.
Semalam, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan mengumumkan bahawa Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu sebulat suara mencadangkan Ismail, yang juga salah seorang naib presiden Umno, sebagai calon perdana menteri pada PRU15.
Sementara itu, apabila ditanya sama ada pencalonannya sebagai perdana menteri itu menunjukkan PRU15 semakin hampir, Ismail menjawab: “Tak tahu lagi.”