Port Dickson antara lokasi di 6 negeri terima amaran cuaca buruk pagi ini

Port Dickson antara lokasi di 6 negeri terima amaran cuaca buruk pagi ini

Negeri yang dijangka menerima amaran cuaca buruk itu adalah Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, dan Sabah.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk diramal berlaku di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, dan Sabah. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan melibatkan enam negeri termasuk Labuan pagi ini.

MetMalaysia dalam satu pemakluman di Facebook berkata, cuaca buruk itu dijangka berlaku di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Selangor melibatkan melibatkan Klang, Kuala Langat dan Sepang sementara Port Dickson, Negeri Sembilan turut mengalami amaran sama.

“Johor pula membabitkan empat kawasan, iaitu Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian,” menurut agensi itu.

MetMalaysia berkata, di Sarawak antara kawasan terkesan adalah Sri Aman, Lubok Antu, Sarikei, Mukah, Tanjung Manis, Daro, dan Kapit sementara Sabah melibatkan kawasan pedalaman di Kuala Penyu dan Beaufort.

“Amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.