
“Jangan buat tuduhan liar. Mereka (kesatuan) perlu menyemak fakta sebelum membuat tuduhan seperti itu,” kata Wee pada sidang media hari ini.
Beliau berkata, kementerian melalui proses ketat untuk membuat perolehan itu dan sebarang rundingan terus akan diawasi oleh sebuah jawatankuasa.
Katanya, sebarang pembelian set gerabak baharu adalah mengikut spesifikasi ditetapkan oleh kementerian.
Terdahulu, kesatuan dilaporkan menyalahkan kementerian kerana masalah yang dihadapi oleh perkhidmatan tren kendalian KTMB.
Presidennya Abdul Razak Md Hassan berkata, kementerian itu mengganggu operasi KTMB.
Beliau mendakwa set gerakan yang dibeli oleh kementerian menerusi rundingan secara terus tidak berkualiti.
Selain itu katanya, kementerian juga tidak bersikap telus mengenai projek melibatkan perkhidmatan kereta api dan usaha KTMB untuk menambah baik kemudahan kereta api, termasuk Projek Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa 2 (KVDT2).