
Sultan Sharafuddin bertitah, jalan tersebut ditukar sempena nama Arshad sebagai pengarah pertama Institut Teknologi Mara (ITM) yang kini dikenali Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Dalam satu kenyataan dikeluarkan Istana Alam Shah memaklumkan, titah pertukaran berkenaan sudah pun dilulus dan akan dikuat kuasakan serta merta kerajaan Selangor menerusi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
“Pertukaran nama persiaran ini merangkumi jalan sepanjang 1.62km yang bermula dari Bulatan Bestari Seksyen 2 (di hadapan pintu masuk utama UiTM) hingga ke persimpangan lampu isyarat (berhampiran Universiti Selangor) Seksyen 7.
“Penukaran nama persiaran ini adalah bagi mengenang jasa Arshad Ayub yang merupakan tokoh pendidikan negara yang dihormati dan disegani serta banyak berjasa dalam memperkasakan sistem pengajian tinggi di negara ini khususnya pembangunan UiTM,” katanya.
Arshad Ayub yang merupakan pro-canselor UiTM dan jenazahnya selamat dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam pada petang, 14 Jun.