Umno gesa kerajaan wujud Lembaga Unggas Negara selesai isu bekalan ayam

Umno gesa kerajaan wujud Lembaga Unggas Negara selesai isu bekalan ayam

Ia termasuk menyelesaikan isu berkaitan aspek pengeluaran anak ayam, kos penternakan dan dedak supaya ia tidak mudah dimanipulasi pihak kartel berkepentingan.

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata Majlis Kerja Tertinggi juga menegaskan akta anti-lompat parti perlu segera dibentangkan di Parlimen sebelum pilihan raya umum ke-15. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno mencadangkan kerajaan mewujudkan Lembaga Unggas Negara bagi menyelesaikan isu berkaitan bekalan ayam supaya ia dapat ditangani secara menyeluruh.

Ia termasuk menyelesaikan isu daripada aspek pengeluaran anak ayam, kos penternakan dan dedak supaya ia tidak mudah dimanipulasi pihak kartel berkepentingan.

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan, berkata MKT juga menegaskan bahawa akta anti-lompat parti perlu segera dibentangkan di Parlimen sebelum pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“MKT turut menyokong keputusan kerajaan untuk menarik balik keputusan awal bagi pengapungan harga ayam di pasaran dan tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air.

“Subsidi bersasar yang direncanakan  kerajaan seharusnya benar-benar memanfaatkan kelompok rakyat  terbanyak yang susah dan derita akibat kenaikan kos sara hidup,” katanya dalam kenyataan selepas menghadiri Mesyuarat MKT Umno di ibu pejabat Umno hari ini.

Mesyuarat dipengerusikan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad berkata, pada mesyuarat itu presiden Umno turut melantik bekas ketua penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor Isham Jalil sebagai ahli MKT Umno.

“Saudara Isham Jalil dikenali sebagai aktivis media sosial, berumur 46 tahun dan berkelulusan sarjana dasar awam dari Harvard University,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.