
Mangsa Loh Yock Sit, 77, dipercayai terperangkap dalam bilik air di tingkat dua rumah kedai berkenaan sebelum mayatnya ditemui jam 5.45 pagi.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah Yazid Mohd Tahir, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.49 pagi sebelum menghantar empat jentera bomba bersama 26 anggota.
“Mangsa yang dipercayai bekerja di premis itu mungkin terperangkap di dalam bilik air ketika api marak.
“Api dapat dikawal jam 6.05 pagi,” katanya menurut Harian Metro.
Yazid berkata, sebaik api reda, anggota bergegas masuk ke dalam premis untuk pemadaman lanjut.
“Berdasarkan maklumat awam, mangsa ada di dalam premis dan kami melakukan pencarian sebelum mayat mangsa ditemui.
“Dia kemudiannya dibawa ke Hospital Melaka untuk tindakan lanjut,” katanya.
Pasukan bomba berjaya memadam api sepenuhnya pada 7.08 pagi dan siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kejadian dan anggaran kerugian.