
Gesaan itu disuarakan Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Naib Ketua Pemuda Umno Shahril Hamdan di satu forum debat anjuran “United Kingdom and Eire Council for Malaysian Students”.
Fayhsal berkata, selagi politik naungan wujud, keruntuhan akhlak di kalangan pemimpin akan memburuk dan seterusnya mengekalkan krisis politik Melayu yang mungkin sukar dipulihkan.
Shahril berkata, ahli politik Melayu muda boleh bermula dengan menyingkirkan sistem politik Melayu daripada cara feudalistik seperti tanggapan
“Umno wujud kerana hanya Umno yang boleh membantu orang Melayu,” katanya sambil menambah sokongan perlu diberikan berdasarkan dasar terbaik.
Fayhsal berkata, politik naungan merupakan masalah terbesar dalam politik dan identiti Melayu.
“Lihat semua kes membabitkan 1MDB. Ia terjadi dengan cara orang Melayu berpolitik. Perubahan drastik diperlukan yang saya percaya ia penyebab kepada orang biasa,” katanya.
Terdahulu, Fahysal meminta pandangan Shahril berhubung politik naungan dan apa tindakan Umno terhadapnya.
Shahril menjawab, ahli politik muda boleh bermula dengan meninggalkan politik feudalistik dalam sistem politik Melayu.
“Umno lahir kerana hanya Umno boleh membantu Melayu,” katanya yang mahu Umno dilihat sebagai parti yang mempunyai dasar terbaik membantu rakyat.