PM tiba di Menara Dato Onn untuk mesyuarat Biro Politik Umno

PM tiba di Menara Dato Onn untuk mesyuarat Biro Politik Umno

Ismail Sabri Yaakob tiba pada 8.01 malam untuk mesyuarat Biro Politik Umno.

Ismail Sabri Yaakob menghadiri mesyuarat Biro Politik Umno di Menara Dato Onn malam ini.
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tiba di Menara Dato Onn bagi menghadiri mesyuarat Biro Politik Umno, kira-kira 24 jam selepas keputusan sabitan melibatkan Najib Razak dalam kes SRC International.

Ismail yang juga naib presiden Umno tiba pada 8.01 malam, memasuki bangunan utama melalui pintu khas.

Selain itu, turut kelihatan Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid, Ketua Umno Selangor Noh Omar, Ketua Umno Perak Saarani Mohamad dan Ketua Umno Terengganu Ahmad Said.

Media mula berkumpul sekitar 7.30 malam di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman Najib dalam kes SRC.

Najib yang didapati bersalah atas tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram, kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang. Beliau turut didenda RM210 juta.

Awal hari ini, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan mahkamah terhadap Najib perlu dilihat sebagai “peledak semangat” untuk terus membawa perjuangan bekas perdana menteri itu.

Zahid turut memanggil semua pemimpin Umno menghadiri taklimat khas Sabtu ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.