Timbalan ketua Umno Pekan pangku jawatan ketua bahagian, kata Wan Rosdy

Timbalan ketua Umno Pekan pangku jawatan ketua bahagian, kata Wan Rosdy

Ketua Umno Pahang Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Parlimen Pekan akan dijaga, diurus tadbir dan diberikan perhatian sewajarnya demi manfaat rakyat, kerana bekas perdana menteri Najib Razak disifatkan amat berjasa kepada Pahang dan negara.

Ketua Umno Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Timbalan Ketua Umno Pekan, Zamri Ramly, akan menjadi ‘caretake’ jawatan ketua Umno Pekan.
KUANTAN:
Timbalan Ketua Umno Bahagian Pekan, Zamri Ramly, akan menjadi ‘caretaker’ jawatan ketua Umno Pekan selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara dan denda terhadap penyandangnya, Najib Razak.

“Tim (Timbalan) sebagai pemangku ketua bahagian,” kata Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail, yang juga Ketua Umno Pahang, menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama, di sini, hari ini.

Terdahulu, Wan Rosdy, menerusi kenyataan di media sosialnya, berkata Parlimen Pekan akan dijaga, diurus tadbir dan diberikan perhatian sewajarnya demi manfaat rakyat, selain bekas perdana menteri itu disifatkan amat berjasa kepada Pahang dan negara.

“Bagi kami, amat besar jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh Najib dalam membangun dan memajukan Pahang serta negara ini sepanjang perkhidmatan beliau sebagai perdana menteri dan menteri besar Pahang satu ketika dahulu.

“Justeru, kami amat menghargai setiap jasa, keringat dan sumbangan yang telah beliau curahkan selama ini, katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Umno Pekan, Ishak Muhammad, berkata timbalan ketua Umno Pekan dijangka akan memanggil mesyuarat khas bagi membincangkan perkara yang berbangkit daripada keputusan semalam.

“Timbalan akan lakukan dan kita akan berbincang bersama-sama. Apa-apa keputusan akan dibuat bersama-sama,” katanya ringkas.

Semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.