
“Rina seharusnya tahu bahawa perbincangan mengenai keperluan pegawai pelindung kanak-kanak tidak boleh dibuat tanpa memahami kepentingan penggubalan serta pembentangan RUU profesion pekerja sosial.
“Setakat membangkit isu dan permasalahan tidak menggambarkan Rina adalah seorang menteri yang menjalankan tugas, tanggungjawab dan amanah yang sepatutnya diuruskan dan digerakkan solusi lebih awal,” katanya dalam kenyataan.
Athirah berkata, Rina sewajarnya lebih berperanan aktif sama ada dalam mesyuarat peringkat kementerian, mesyuarat Kabinet dan pasca Kabinet agar segala isu dan permasalahan rakyat dapat diselesaikan secara terarah dan berkesan.

“Sesiapapun yang merupakan menteri Kabinet harus berhenti daripada asyik menceritakan masalah atau halangan yang wujud dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka, sebaliknya memberitahu rakyat tentang apa solusi ke hadapan dan sejauh mana tindakan itu diambil” katanya.
Tambahnya, masalah kekurangan tenaga kerja dari segi pegawai pelindung kanak-kanak sebenarnya bukan isu baharu sedangkan ia sudah dikenal pasti semasa pentadbiran Pakatan Harapan bahkan dalam perancangan bagi pengambilan pegawai yang lebih ramai.
Sementara itu, beliau juga menyeru agar kerajaan segera membentang laporan negara ke mesyuarat Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) mengenai kelemahan, pencapaian serta langkah-langkah mengenai perlindungan kebajikan kanak-kanak di negara.
Terdahulu, Rina berkata jumlah pegawai pelindung kanak-kanak di bawah JKM perlu ditambah dengan segera bagi menangani kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak, memandangkan jumlah ketika ini tidak mencukupi.