
“(Namun) Itu bukan kuasa parti, kita menghormati kuasa perdana menteri. Seboleh-bolehnya semalam,” katanya ketika ditanya mengenai tarikh akhir perdana menteri menghadap Agong bagi membubarkan Parlimen.
Ditanya mengenai tarikh PRU15, Zahid berkata Parlimen perlu dibubarkan minggu depan untuk memberikan laluan kepada PRU15.
“Secara logiknya kalau nak buat sebelum banjir, ada sebulan lebih sebab kempen seminggu. Jadi minggu depan kena bubar.
“Pada 30 Sept apabila Majlis Kerja Tertinggi telah membuat keputusan maka keputusan itu adalah keputusan rasmi daripada Umno iaitu pilihan raya wajib diadakan tahun ini.
“Kami telah meneliti laporan ketua pengarah meteorolog dan mendapati Insya-Allah pilihan raya akan dibuat sebelum banjir,” katanya.
Dalam pada itu, Zahid yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) turut menafikan dakwaan bahawa perdana menteri akan menghadap Agong Khamis ini, namun kekal optimis Agong akan membuat pertimbangan terbaik mengenai pembubaran Parlimen bagi memberikan laluan kepada PRU15.
“Kuasa itu tertakluk kepada perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan kerana Agong bertindak pastinya mengikut Perlembagaan Malaysia. Kita yakin Agong akan melakukan perkenan mengikut perkiraan terbaik demi kepentingan negara,” katanya.