

Liew berkata, Putrajaya mesti dalam “mod penjaga” dan tidak boleh melaksanakan sebarang dasar atau keputusan kewangan sehingga kerajaan baharu dibentuk selepas pengundian.
Beliau merujuk laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan yang mendapati kontrak kerajaan masih diberikan walaupun selepas pembubaran Parlimen, pada 2018.
Liew berkata, semua agensi persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan, termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mesti mengamalkan “pentadbiran neutral” dan melayan semua parti serta calon bertanding dengan saksama.
“Orang ramai yang mengundi sedang memerhati dan pihak yang menang dari PRU15 secara sah, tiada parti atau calon patut menang menerusi cara yang tidak adil,” katanya dalam kenyataan.
Liew, yang juga ketua DAP Johor dan ADUN Perling berkata, SPR wajib memastikan undi pos disediakan kepada rakyat Sabah dan Sarawak yang menetap di Semenanjung, tuntutan sama berulang kali dibuat Pakatan Harapan (PH) dan kumpulan reform pilihan raya, Bersih.
Beliau juga menggesa sekurang-kurangnya dua perdebatan diadakan membabitkan calon perdana menteri dan semua parti termasuk calon diberikan akses liputan media.
Liew mahu SPR mengadakan konsultasi dengan parti politik berhubung mendapatkan pandangan mereka mengenai PRU15, serta merangkul pertubuhan berkredibiliti sebagai pemantau bebas pilihan raya.
Katanya, pilihan raya “penuh adil dan bebas” akan menjamin keputusan absah dan diterima semua rakyat.
Spekulasi bertiup kencang mengenai pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, hari ini, selepas dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, semalam.