(SENARAI CALON) Azmin pertahan Gombak, Rina ke Sepang

(SENARAI CALON) Azmin pertahan Gombak, Rina ke Sepang

Perikatan Nasional akan bertanding 169 kerusi Parlimen pada PRU15.

KUALA LUMPUR:
Perikatan Nasional mengumumkan ia akan bertanding 169 kerusi Parlimen pada PRU15.

Secara keseluruhan, setakat ini, Bersatu akan bertanding di 74 kerusi, PAS 64, Gerakan 20, dan ‘kumpulan bersekutu’ 11 kerusi.

Berikut antara calon yang diumumkan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin malam tadi.

  • Wan Saiful Wan Jan – Tasek Gelugor
  • Mansor Othman – Nibong Tebal
  • Hamzah Zainuddin – Larut
  • Idris Ahmad – Bagan Serai
  • Ahmad Faizal Azumu – Tambun
  • Muhammad Faiz Na’aman – Bagan Datuk
  • Azmin Ali – Gombak
  • Afif Bahardin – Shah Alam
  • Rina Harun – Sepang
  • Radzi Jidin – Putrajaya
  • Indera Mahkota – Saifuddin Abdullah
  • Kuala Pilah – Eddin Syazlee Shith
  • Masjid Tanah – Mas Ermieyati Samsudin
  • Alor Gajah – Mohd Redzuan Md Yusof
  • Pagoh – Mahiaddin Md Yasin
  • Cheka – Tuan Ibrahim Tuan Man

Seperti dijangka, Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin bakal mempertahankan kerusi Pagoh yang telah disandang beliau sejak 1978.

Timbalan Pengerusi PN, Faizal Azumu mempertahankan kerusi Parlimen Tambun yang dimenanginya pada tahun 2018 dan beliau berdepan tugas besar kerana dicabar Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim.

Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Mohamed Azmin Ali kekal bertanding di Gombak yang disandangnya sejak 2008 dan Pengerusi PN Pahang, Saifuddin Abdullah turut dikekalkan di Indera Mahkota.

Bekas Ahli Parlimen Titiwangsa, Rina Mohd Harun pula beralih ke Sepang manakala Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan pula berpindah ke Parlimen Tasek Gelugor dari Parlimen Pendang yang ditandingginya pada PRU lalu.

Setiausaha Agung Perikatan Nasional dan Bersatu, Hamzah Zainuddin diberikan tanggungjawab untuk mempertahankan kerusi Larut yang dimenangi sebelum ini bersama Umno pada PRU lalu.

Bekas menteri pendidikan, Radzi Jidin pula dipertaruhkan oleh PN bagi merampas kerusi Putrajaya daripada tangan Barisan Nasional.

Bekas menteri hal ehwal agama dari PAS, Idris Ahmad pula dicalonkan di Parlimen Bagan Serai dan Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khirudin diletakkan sebagai calon PN di Jerantut.

Beberapa muka baru turut diperkenalkan PN termasuklah Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman yang bakal bertanding di Bagan Datuk, kubu kuat Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi.

Afif Bahardin menjadi calon PN di Shah Alam dan Halimah Ali pula menjadi taruhan PN di Kapar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.