
Katanya, Ahli Parlimen muda PAS perlu diberi peluang terlibat dalam sesi perbahasan kerana setiap parti mempunyai kuota kehadiran masing-masing.
“Saya ditugaskan bukan sahaja di Parlimen, tapi ada tugas-tugas khas. Datang ke Parlimen ini bukan macam hadir ke sekolah, menteri-menteri pun lepas habis jawab soalan kembali menjalankan tugas.
“Saya sudah lama di Parlimen, banyak sesi saya terlibat… berhujah… dan kini saya beri peluang kepada Ahli Parlimen generasi baharu untuk terlibat dalam perbahasan,” katanya menurut Astro Awani.
Beliau berkata, isu kehadiran ke sidang Dewan Rakyat dimainkan pihak lawan ketika kempen pilihan raya umum ke-15 (PRU15) tidak langsung menjejaskannya.
Pada PRU14, Hadi yang bertanding di Parlimen Marang menang dengan majoriti 21,954. Pada PRU15, beliau bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) di kawasan Parlimen sama.
Hadi memegang jawatan duta khas perdana menteri ke Timur Tengah semasa pentadbiran kerajaan bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin, pada 2 Apr 2020.