
PETALING JAYA: Lelaki yang ditahan susulan dakwaan memuat naik video mengandungi kandungan perkauman dalam media sosial dibebaskan daripada reman.
Lelaki berkenaan yang menggunakan ‘handle’ @bumilangit, dibebaskan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, hari ini.
Polis menahan lelaki itu, pada Khamis, bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penggunaan kemudahan rangkaian secara tidak wajar.
Lelaki berusia 39 tahun itu disiasat atas dakwaan cuba mencetuskan ketegangan kaum menerusi video dimuat naik di TikTok.