
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, kedua-dua mangsa itu ditemui saling berpelukan di sektor C, lokasi sebuah tapak perkhemahan yang dikenali sebagai Riverside.
“Kedua-duanya ditemui pada 4.40 petang. Mereka saling berpelukan. Kami percaya mereka adalah ibu dan anak perempuannya.”
Sementara itu, anggota penyelamat menemui satu lagi mayat sekitar 5.20 petang, tetapi jantinannya belum dikenal pasti.
Penemuan tiga mayat itu menjadikan angka korban meningkat kepada 19 orang setakat ini.
Menurut pihak berkuasa, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan untuk mengesan 14 orang yang belum ditemui.
Norazam berkata, 16 mayat ditemui di sektor A (tapak perkhemahan Hillview), dengan empat daripadanya adalah kanak-kanak.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan sehingga mangsa terakhir ditemui, tetapi bergantung kepada keadaan cuaca dan tanah.
Beliau berkata, anggota penyelamat perlu berhati-hati kerana masih ada pergerakan air di bawah tanah.
“Jika ada pergerakan tanah, kami perlu menghentikan operasi buat sementara.”