
Bagaimanapun, Ketua Polis Shah Alam Ramsay Embol berkata penemuan itu tidak mempunyai sebarang unsur jenayah dan tiada sebarang kecederaan ditemui pada tubuh kedua-dua si mati.
Menurutnya, polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada ahli keluarga kepada mangsa wanita.
Katanya, lelaki berkenaan memaklumkan menjumpai mayat si mati bersama mayat lelaki di rumah sewa milik adiknya.
“Siasatan awal pihak polis bersama pasukan Forensik IPK Selangor mendapati keadaan rumah itu bertutup, tiada kenderaan dan pintu besi hadapan tidak berkunci.
“Kedua-dua si mati berada di dalam sebuah bilik di tingkat bawah dan mayat kedua duanya ‘decomposed’. Keadaan di dalam rumah sewa si mati teratur dan tiada unsur unsur kejadian jenayah berlaku,” katanya dalam satu kenyataan, menurut Berita Harian.
Beliau berkata kedua-dua mayat dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.
Katanya, setakat ia disiasat sebagai mati mengejut (SDR) dan kertas siasatan akan diambil alih oleh ketua polis balai Seksyen 6, Shah Alam.
“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Ketua Polis Balai Seksyen 6 Izzman Mohd Idrus di talian 013-4003355,” katanya.