Amaran hujan berterusan di 6 negeri hingga Isnin

Amaran hujan berterusan di 6 negeri hingga Isnin

MetMalaysia meramalkan hujan tahap buruk sepanjang hari di Terengganu, Pahang dan Johor manakala hujan tahap waspada di Kelantan, Sarawak dan Sabah.

Jabatan Meteorologi Malaysia berkata hujan lebat berterusan di beberapa daerah di enam negeri sehingga Isnin ini.
KUALA LUMPUR:
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di enam negeri yang dijangka berlaku sehingga Isnin ini.

Hujan tahap buruk sepanjang hari ini dijangka berlaku di Terengganu melibatkan kawasan Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, di Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Johor (Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Sementara hujan berterusan tahap waspada untuk tempoh sama, diramal berlaku di seluruh Kelantan, dan beberapa kawasan di Terengganu iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu), manakala Pahang (Jerantut dan Maran) dan Johor (Segamat, Batu Pahat dan Pontian).

Keadaan cuaca sama dijangka berlaku di Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta Limbang bermula esok hingga Sabtu ini.

Di Sabah pula, hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku bermula esok hingga Isnin di kawasan pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Kudat) serta Labuan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.