
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan kerja membaiki paip pecah di Taman Perindustrian Bukit Indah, Sungai Buloh selesai 9.30 malam tadi dan bekalan air mula diagihkan secara berperingkat kepada pengguna sebaik saja ia stabil.
Kenyataan itu juga menyebut tangki air akan terus digerakkan bagi menyalurkan bantuan kepada pengguna terjejas.
“Keutamaan diberikan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian,” katanya.
Pengguna boleh merujuk aplikasi Air Selangor serta laman Facebook, Instagram dan Twitternya untuk maklumat terkini atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.