
Kata Zahid mesyuarat tadi tidak membincangkan mengenai isu-isu lain yang berkaitan seperti pilihan raya negeri (PRN) yang akan datang.
“Pengerusi tetap membuat laporan tentang persiapan (Perhimpunan Agung Umno) esok,”
“Persiapan PRN kita akan bincang dalam mesyuarat MKT yang akan datang,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat itu.
Mengenai isu lima ADUN Umno Sabah yang menyokong Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Bung Mokhtar Radin berkata perkara tersebut tidak dibincangkan pada mesyuarat itu.
“Isu Sabah tidak dibincangkan, akan dibincangkan pada mesyuarat akan datang,” kata Ketua Perhubungan Umno Sabah itu.
Seorang lagi Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Ahmad Shabery Cheek memberitahu, mesyuarat sebentar tadi menumpukan kepada persiapan untuk mesyuarat parti esok.
“Tiada isu baru dibincangkan sebaliknya lebih menjurus kepada urusan ‘housekeeping’ membabitkan usul dan persiapan tempat duduk perwakilan,” katanya.