
Dalam catatannya di Facebook, Wong berkata Pejuang sukar mendapatkan sokongan kerana kelompok pengundi Melayu sudah tepu dengan kehadiran parti seperti Umno, PAS dan Bersatu.
“Pejuang terlalu kecil, manakala GTA cuma sekadar NGO tanpa Pejuang,” katanya.
Katanya, peluang terbaik Pejuang adalah bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) seperti Muda tetapi ia kelihatan sukar kerana kemungkinan dihalang oleh Umno yang melihat parti itu sebagai pesaing mereka.
“Kalau Pejuang boleh bangkit kembali di Kedah (dalam PRN), itu sudah cukup baik,” katanya.
Semalam, Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir mengumumkan parti itu keluar daripada Gerakan Tanah Air (GTA) bagi memberi tumpuan kepada usaha pengukuhan parti selepas kalah teruk pada PRU15.
Katanya, Pejuang mengambil pendirian kekal terbuka bagi mengadakan sebarang rundingan dengan mana-mana gabungan politik sedia ada bagi mendepani PRN yang dijangka berlangsung, tahun ini.
Pada PRU15, semua 118 calon Pejuang termasuk pengasas Dr Mahathir Mohamad kalah dan hilang deposit.