
Menurut Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan dan tiba kira-kira 9.22 malam.
Katanya, sebanyak lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara, BBP Kota Anggerik, BBP Sungai Buloh, BBP Seksyen 7 dan BBP Puchong dengan kekuatan 25 anggota dan pegawai digerakkan ke lokasi.
“Setibanya di lokasi kejadian mendapati sebuah rumah flat di tingkat 21, Flora Damansara terbakar hampir 90%,” katanya dalam kenyataan malam tadi, menurut Utusan Malaysia.
Beliau berkata, setakat ini hanya seorang mangsa yang dilaporkan rentung dalam kejadian itu.