KBS teliti formula baharu peroleh dana, kata menteri

KBS teliti formula baharu peroleh dana, kata menteri

Hannah Yeoh berkata usaha itu dilihat sebagai kaedah baharu KBS dalam memastikan persatuan sukan mendapat dana mencukupi.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh (tiga, kiri) bergambar bersama bekas atlet selepas melancarkan logo baharu Persatuan Olympian Malaysia (MOA) di i-City Shah Alam. (Gambar Bernama)
SHAH ALAM:
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan meneliti formula baharu bagi memperoleh dana dalam usaha untuk memperkasa dan memeriahkan lagi industri sukan negara.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata usaha itu dilihat sebagai kaedah baharu KBS dalam memastikan persatuan sukan dalam negara khususnya mendapat dana mencukupi bagi mereka menghadapi perlawanan dan menganjurkan temasya sukan dalam meningkatkan prestasi atlet.

“Pada minggu lepas, saya ada berbincang dengan Kementerian Kewangan dan saya kata kita perlu formula serta idea baharu untuk dapatkan dana bagi persatuan sukan menganjurkan program (temasya atau perlawanan).

“Sama juga kita lihat dengan penganjuran Sukan Malaysia (Sukma). Kita kena cari kaedah baharu kerana dahulu formulanya adalah Persekutuan bagi duit pada negeri untuk bina infrastruktur seperti bina stadium dan membuat penyelenggaraan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan logo baharu Persatuan Olympian Malaysia (MOA).

Beliau mengulas mengenai permohonan Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) yang meminta kerajaan memberikan sedikit peruntukan bagi menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Dunia ke-4 yang akan berlangsung dalam negara September ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.