
Ketua Polis Port Dickson, Aidi Sham Mohamed, berkata kemalangan itu berlaku kira-kira 1.30 tengah hari tadi membabitkan sebuah Toyota Hilux dan Toyota Camry.
Katanya, pacuan empat roda itu melanggar bahagian belakang Toyota Camry menyebabkan tiga penumpangnya maut di tempat kejadian.
Beliau berkata, mangsa korban terdiri daripada seorang remaja lelaki 16 tahun dan dua wanita berusia 35 tahun serta 51 tahun yang tersepit di bahagian belakang kereta itu.
“Tiga lagi penumpang Toyota Camry cedera, manakala pemandu Toyota Hilux cedera ringan.
“Ujian saringan alkohol dan air kencing menunjukkan pemandu Toyota Hilux itu bebas alkohol dan dadah,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, semua mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan rawatan, manakala pemandu ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.