
Kejadian kira-kira 3 petang itu dipercayai berlaku di Jalan Seremban–Nilai menghala ke Nilai, berhampiran Taman Kirby, Batu 9.
Mangsa berusia 20an kemudiannya disahkan meninggal dunia pada 12.35 tengah hari semalam selepas dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Ketua Polis Nilai, Johari Yahya, berkata pihaknya menerima laporan polis daripada wanita terbabit di IPD Nilai pada 11.37 pagi semalam.
“Wanita warga tempatan berusia 20-an memaklumkan rakannya, seorang lelaki warga tempatan berusia 20-an, dipercayai keluar dari sebuah kereta.
“Ketika kejadian, kereta sedang bergerak dan didakwa berlaku kira-kira 3 petang kelmarin.
“Ketika dalam perjalanan, berlaku perbincangan sebelum mangsa dipercayai keluar dari kenderaan itu secara tiba-tiba.
“Akibatnya pemuda terbabit cedera pada kepala dan lutut serta tidak sedarkan diri di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, menurut Berita Harian.
Tambahnya, mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban untuk rawatan.
“Bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya.