
Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, berkata penambahan itu bagi membolehkan beberapa Rang Undang-Undang dan urusan kerajaan dapat diputuskan dan dibentangkan di Dewan Rakyat.
“Dimaklumkan Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) sebagai ketua majlis telah menambah dua hari iaitu 3 April dan 4 April 2023.
“Ini selaras dengan peraturan mesyuarat 11 (2) peraturan-peraturan majlis mesyuarat Dewan Rakyat,” katanya di Dewan Rakyat.
Johari berkata notis bertulis akan diberikan kepada semua Ahli Parlimen mengenai penambahan tempoh persidangan Dewan Rakyat itu.
Mengikut takwim Dewan Rakyat, Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15 sepatutnya hanya berlangsung selama 29 hari iaitu bermula pada 13 Feb lalu dan tamat pada 30 Mac ini.