Ahmad Jazlan dilantik semula sebagai pengerusi Felcra

Ahmad Jazlan dilantik semula sebagai pengerusi Felcra

Perkara ini diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Pada 21 Dis lepas, perdana menteri mengumumkan pelantikan semula Ahmad Jazlan Yaakub sebagai pengerusi Felcra ditangguhkan.
KOTA BHARU:
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub dilantik semula sebagai Pengerusi Felcra Berhad berkuat kuasa 1 Mac lepas, kata Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Perkara itu diumumkan Zahid ketika berucap pada Majlis Pengenalan Calon Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib-naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi sempena Pemilihan Umno sesi 2023-2026 peringkat negeri Kelantan di sini hari ini.

Beliau yang juga Presiden Umno berkata, pelantikan semula Ahmad Jazlan adalah berikutan keupayaan dan prestasi yang ditunjukkannya sebagai pengerusi agensi itu sebelum ini.

“Saya telah umumkan secara berperingkat pelantikan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan kerana jawatan-jawatan itu diluluskan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan mengikut prosedur yang terdapat dalam pelantikan tersebut.

“Tidak ada perkara, faktor-faktor yang nyata atau sembunyi kerana ia adalah hak mutlak perdana menteri,” katanya kepada pemberita selepas majlis tersebut.

Ahmad Jazlan, yang juga bekas Ahli Parlimen Machang, dilantik sebagai pengerusi Felcra Berhad pada 1 Okt 2021.

Pada 21 Dis lepas, perdana menteri menangguhkan pelantikan semula Ahmad Jazlan sebagai pengerusi Felcra yang diumumkan Ahmad Zahid pada 16 Dis 2022.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.