China sedia berdialog dengan Malaysia tentang Laut China Selatan

China sedia berdialog dengan Malaysia tentang Laut China Selatan

Pemerintah China berkata perselisihan boleh ditangani menerusi rundingan dalam cara yang wajar.

Beijing berkata ia melindungi hak yang sah dan kepentingan di Laut China Selatan. (Gambar AP)
BEIJING:
China ingin bekerjasama dengan Malaysia untuk menangani perselisihan di Laut China Selatan menerusi dialog dan perundingan dalam cara yang wajar, kata Kementerian Luar Negerinya.

Terdahulu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika merujuk kepada kawasan yang dituntut Beijing berkata beliau memberitahu pemerintah China bahawa Petronas melakukan penerokaan dalam perairan Malaysia.

“China melindungi hak yang sah dan kepentingan di Laut China Selatan,” kata jurucakap kementerian, Mao Ning, ketika ditanya mengenai amaran Malaysia bahawa nota bantahan akan dihantar sekiranya berlaku “pelanggaran”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.